Kuang-Kuit! Hello everyone welcome abroad. Plz buckle up coz oull are now at FiqaSaleh property and make sure uoll using Google Chrome for oull on good. teehee!

Resipi Daging Payau Masak Kicap

Hari ni aku nak kongsi sikit cara aku masak DAGING PAYAU MASAK KICAP. Saje je letak payau, nanti korang google apa payau tu ye. Kalau tak de dalam google baru korang tanya aku balik. 
(mcm mintak penampo je kan..hehehe..). Tak perlu taip panjang sangat, meh scroll kat bawah tengok resipi.


Yang ni bahan2 utk menumis ye. Mcm biasa kita perlu:

HALIA - dh siap d kisar/tumbuk
BAWANG MERAH - dh siap d kisar/tumbuk
BAWANG PUTIH - dh siap d kisar/tumbuk jugak..
SERAI - tumbuk kat hujung je ye..
GARAM - seckp rasa ikut selera masing2..sorry tak de gmbr garam dlm ni..
KICAP MANIS - tak kesah lah brand apa pun, tp kiteorang mmg guna Adabi je..
LADA HITAM - nak kasi pedas sikit..

of cause kita perlu DAGING PAYAU. hehe.. Apa2 daging pun boleh.. saje je hari ni nak masak daging payau pulak.

Panaskan kuali, letakkan minyak masak tak kesah brand apa pun janji minyak utk memasak ye..

Agak-agak dah panas masukkan bahan tumisan tadi. Kita masukkan HALIA dulu. Agak-agak dah nampak kekuningan sikit masukkan yang lain.

Kita terus masukkan BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH dan SERAI.

Tumis sampai keluar bau tumisan tu..

Kita masukkan DAGING PAYAU, masak agak-agak 15minit kita masukkan KICAP MANIS dan SERBUK LADA HITAM . Letak GARAM.
(disebabkan resipi ni resipi "nak cepat siap cepat d mkn" bahan2 lain seperti ASAM KEPING atau apa2 jenis ASAM pun boleh letak. Ini utk buang bau hanyir daging. Tp di sebabkan daging ni masih fresh jadi tak hanyir sangatlah.
CILI pun perlu letak juga, tp d sbbkan ada bahan2 yg tak mengizinkan LADA HITAM pun jadilah.

Dah siapppppp.... DAGING PAYAU MASAK KICAP (EXPRESS). 

Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Resipi Sayur Kulit Tembikai

Kali ni aku nak share resipi kat korang. Ahak! aku jarang masak dan tak reti sangat masak. Kalau masakan yang simple boleh rasanya aku masak. Itu pun berpandukan resipi mak aku. haha.. jum scroll kat bawah ni ye..




Bahan-Bahan:
Mistilah KULIT TEMBIKAI ye..pastikan kulit dah di bersihkan dengan
mengupas kulit yang keras itu. (wahh..ayattt..)
potong kecik-kecik ye..senang nak masuk dalam periuk..

Dah siap di potong kecik-kecik, macam ni lah jadinya.

Bahan-bahan perisa:
CILI - ikut suka brapa nak letak. 1 or 2
SERAI - sbtg dah cukop
IKAN BILIS - agak-agak secukupnya jelah..(x reti nak menyukat2 ni)
ASAM KEPING - sekeping je cukop. (lainlah kalau masak 1 kawah..)
GARAM - pandai2 lah adjust ikut citarasa asian. :D

BELACAN - bahan ini sangatlah penting yee..
(kalau nak lebih sedap, boleh lah di tambah bahan lain seperti udang galah. Tak payahlah letak bapak galah, letak je anak udang galah tu 2-3 ekor cukup utk menambah perisa. Kalau udang biasa tu tak 'kick' sangat rasanya. Klu tak de pun tak pe, belacan tu pun dah cukup).
__________________________________________________________________________________


Cara-cara membuatnya:


IKAN BILIS di tumbuk sedang-sedang halus bersama dengan Cili.
Dan SERAI tu pun kene tumbuk jugak. (tumbuk kat hujung je ye..)

Sekarang panaskan AIR sampai MENDIDIH.

Dah mendidih masukkan IKAN BILIS dan CILI yang dah di tumbuk bersama
dengan SERAI dan ASAM KEPING tadi. (klu ada udang, masukkan jugak)
Biarkan mendidih sekejap pastu masukkan KULIT TEMBIKAI tadi.

Biarkan sekejap, pastu masukkan BELACAN yang dah di cairkan ye..klu masuk terus nanti berketul-ketul pulak.

Masukkan GARAM cukup rasa. 

Biarkan sekejap dalam 1-2minit. Tak pun, tengok je macam dah lembut.
Bolehlah di angkat.

Tadaaaaa!! dah siap SAYUR KULIT TEMBIKAI. 




p/s: wow marvelous!!! perfectoooo....  T.T sayang takde udang.. huk huk
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Amatlah "Pakap".



Sungguh tidak rasa best kalau mengalami adaan macam ni.
Aku mesej bukan main lagi panjang berjela-jela.
Cerita ini, cerita itu nak merapatkan lagi hubungan..
Nak memeriahkan suasana berkapel..
Nak merasai betapa romentiknya kalau dilayan 
semua karenah kita..
Last2 mesej selamba rock je aku dapat.. Pakap!!


Argghhh..pasni no more sweet banana pie.. if u rock, im punk!

Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Kalaulah Aku Punya..


Kan bagus ada bisnes sendiri kan? Semua nya kita yang buat. Kitalah bos kita lah kuli. Kitalah segala-galanya. Aku duduk kat kampung je, dan kat kampung aku ni tak lah pesat. Tapi kalau setakat nak buat bisnes kecil-kecilan tu ok gak lah. Tapi nak kena ada income lain jugak. hihihi.. 

Jadi macam aku yang akan menjadi penganggur tak lama lagi memang banyak fikir. Stress tu tak lah sangat sebab duduk kampung tak perlu banyak sangat modal nak hidup. Tak banyak aktiviti yang memerlukan aku mengeluarkan duit. Nak bergaya dengan baju baru, make up, handbag dan kasut, tak de maknanya kat kampung aku ni. Kalau ye pun tiba2 aku keluar dengan vogue nya, alamat kena gelak lah aku. haha..

Duduk kampung, kalau aku keluar dengan seluar jean lusuh, baju t-shirt dengan muka kuyu macam kena tinggal laki pun tak de nya orang kpg aku kesah. Lain lah kalau kat bandar tu, misti orang ingat aku homeless kot.. hihi

Sebab itulah, aku teringin sangat benda-benda ni semua. T_T

(SILA KLIK "BACA SINI LAGII" UTK CERITA PENUH. SILA SCROLL KE BWH.)


Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Hobi Baru Ke Ni?

Kali ni nak cerita sikit tentang hobi. Selama ni aku tak pernah ada hobi. Tak tahu korang lah kan. Dan aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan hobi. Ada orang kata, hobi tu aktiviti yang kita suka buat seperti mengumpul stem lah.. (hobi tu mmg glamor klu nak di letak dlm list biodata :p). Pastu ada hobi mengumpul majalah dan macam2 lagilah. 

Terbaru ni, aku nak cerita sikit tentang hobi terbaru aku. Sebab apa aku kata terbaru, sbb selama ni aku tak da hobi. Lepak? Tidor? Menonton tv? membaca? ahhh..ntahlah..hobi ke tu? surfing internet? hobi ke tu? Jum tengok hobi aku..hehehe.

kadang-kadang pernantian itu satu seksaan..

pernantian memang perlu kesabaran

pemerhatian amatlah diperlukan

hargai sungai kita

dan sekali lagi kesabaran amatlah di perlukan di tahap max !

dan akhirnya membuahkan hasil yang sangat berbaloi! 

Lega tidak terhingga. Sekurang2 nya memancing is fun!

memerhati joran amat di perluakan.

sungai yang tenang jangan disangka tiada udang yee..

dgn masalah enjin bot, kami sampai juga d jambatan sungai suai dengan hanya berkayuh. fuhhh..  pertama kali berkayuh seronok jugak..hehehehe..

koboi sesat.

jambatan suangai suai. Gambar ni nak ambik gambar burung layang2 buat sarang kat bwh jambatan tu. Tapi kamera hp je mana nampak babe! 

yeahhhh..dapat Sepit Biru! a.k.a Udang Galah a.k.a Agang

hasil tangkapan 

Lobster Sungai.. hehehehhe



Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Lepak Bersama. Ko Ada?

Nurul, ko ingat sik time tok? misti ko x ingatkan. T_T. Sejak ko dah kerja  di  kl, xda gik kita nak lepak2 prey2 sama2 kan..

Sue, sejak ko dah kawen tok memang jarang dah kita nak berjumpa selalu. Tambah2 lagi ko dah pregnant tok. Rindu time kita lepak sama2 mcm orang gila rupa. hehehe..

nurul, ko ingat x time tok ko kelaie dgn dy? hahahaha.. *pic bulak jak, eksen jak lebih tok sbb masing2 boleh jadi pelakon. hehehehehe..

part tok best. part menyayak kawan. hahaha.. 

napa di polah aku pun sik tauk. cara2 mok terbang kaliah....

part tok pun best juak. 1 2 3 tikammmmmm... kabussss...

xda tempat lain gik nak lepak, duduk atas jalan tar nok panas pun buleh. Janji lepak sama.. hahahhaa

part ngambik gamabr berik jak dgn nurul, dah ya part jadi model  berik jak dgn sue. kompommmmm khas pake tatapan cdak 2 jak. bkn apa, kta nyuruh tag dlm fb, nama cdak 2 jak d tag.

tengah main sodoku. ko ada style cam tok. Rumput asa cam kapet rumah jak.. 

p/s: tok semua gambar lamak. just nak ungkit olah dolok2. rindu rasa nak lepak sama gik. Tp apa leh buat dh masing2 ada tanggungjawap owh. ko ada??
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Tutorial: Cara Buat Bekas Makanan untuk Kucing

Aku suka belek-belek website yang menjual barang-barang untuk kucing kesayangan. Tapi kebanyakan tu, tak de atau pun aku tak tahu ada di jual kat malaysia ni. Yang aku minat sekali ialah auto cat feeder dan auto cat cleaning litter. Kan senang sikit kalau ada benda ni semua. :p *nampak sangat pemalasnya aku nak.. :p

Tapi, baru2 ni aku terjumpa website tu yang tunjukan cara-cara buat bekas makanan kucing yang kucing kesayang kita tu boleh ambil sendiri. Dan aku sekarang ni tengah nak plan buat satu untuk kucing aku. hehehe..




kalau tak nampak klik sapa pada gmbar ni..

kalau tak nampak, klik gmbar ni ye..


klik pada gmbar utk pembesaran maximum..


Macam best kan? so, lepas aku tengok ni aku terus nak buat satu. Aku buat dengan botol yang lebih besar lagi. hihihi.. tengok Apollo ni, bijak sungguh.
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

ShareThis

myfreecopyright.com registered & protected

www.dare2rich.co/sepikaderio