Kuang-Kuit! Hello everyone welcome abroad. Plz buckle up coz oull are now at FiqaSaleh property and make sure uoll using Google Chrome for oull on good. teehee!
Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Tutorial: Cara Buat Bekas Makanan untuk Kucing

Aku suka belek-belek website yang menjual barang-barang untuk kucing kesayangan. Tapi kebanyakan tu, tak de atau pun aku tak tahu ada di jual kat malaysia ni. Yang aku minat sekali ialah auto cat feeder dan auto cat cleaning litter. Kan senang sikit kalau ada benda ni semua. :p *nampak sangat pemalasnya aku nak.. :p

Tapi, baru2 ni aku terjumpa website tu yang tunjukan cara-cara buat bekas makanan kucing yang kucing kesayang kita tu boleh ambil sendiri. Dan aku sekarang ni tengah nak plan buat satu untuk kucing aku. hehehe..




kalau tak nampak klik sapa pada gmbar ni..

kalau tak nampak, klik gmbar ni ye..


klik pada gmbar utk pembesaran maximum..


Macam best kan? so, lepas aku tengok ni aku terus nak buat satu. Aku buat dengan botol yang lebih besar lagi. hihihi.. tengok Apollo ni, bijak sungguh.
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Mau Dan Anak-anaknya

Pada 22 november 2011 kucing aku yang bernama Mau telah selamat melahirkan anaknya sebanyak 5ekor. Ni adalah kali pertama Mau melahirkan anak. Muda remaja dah mengandung, muda ke? hehe.. Kesian Mau tak tau mana nak beranak, nasib jugaklah aku ada kat rumah masa tu. Mau terberanak depan pintu rumah, cepat-cepat aku carikan kotak. Bila aku biarkan Mau dah lari bawak anaknya masuk dalam stor. Ishh.. buat aku risau je..

Malam tu aku check balik, wow Mau lahirkan 5 ekor anak bulus yang chomellll..



Aku tak buat persediaan untuk Mau melahirkan anaknye jadi malam tu aku bertungkus-lumus kemaskan stor yang penuh dengan barang-barang. Harap-harap diaorang selesa kat dalam stor tu dan Mau tak pindah2 kan anak-anak nya.


p/s: tak sabar nak tengok anak Mau membesar dan main kejar-kejar.


Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Keluargaku gempar dia mengandung tiba-tiba..

Dengan berita pembuangan dan pembunuhan bayi merata tempat, tak disangka rupa-rupanya dalam keluarga aku ada yang mengandung tiba-tiba.

Berlakulah pentengkaran...

"Kau cakap sekarang jantan mana punya angkara?"
"Ini rupa-rupanya kerja engkau hah.."
"Tiap malam keluar keluar keluar..mana kau pergi hah?"
"Kau cakap!!! Jantan mana punya angkara sampai kau mengandung ni?"
"Cepat cakap anak jantan mana dalam perut engkau ni hah?"
 




termengandungkan anak.. :p

makin bertambahlah rakyat jelata ku ini..


Pergaduhan yang tiada penghujungnya..dengan perut yang semakin membesar tiada apa yang mampu dilakukan lagi hanyalah berserah


Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Teman Tapi Mesra

Aku nak memperkenalkan teman-teman aku yang sangat mesra alam. Letih jugak nak layan kalau ada yang merajuk, tak terlayan rasanya. Dah kenal Burok tak? kalau belom, jum tengok sini.

Sini nak kenalkan ahli keluarga Burok. Walaupun bukan dari ibubapa yang sama, tapi semua sangat rapat dari kecil.




Hah tengoklah, masing-masing tengah menghayati makanan haha..yang oren tu Mau, yang oren+putih tu Mamau, yang kelabu ke belang2 hitam tu Mak Yuyun (dulu ada anak nama yuyun, jdi sampai sekarang panggil mak yuyun je..). Dan yang pakai rantai tu, Burok.


p/s: Burok lah yang paling manja, bongsu lah katakan..hehe..
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

Namaku Burok

Aku dilahirkan entah bila, mama  bukannya ingat tarikh-tarikh istimewa aku. Aku dilahirkan bersama-sama 4 adik-beradik aku, tapi malangnya hanya aku yang terus bertahan mengharungi onak dan duri kehidupan. Semasa kecil aku dan adik-beradik aku telah mengalami penyakit mata. Mama mana reti nak bawak kitaorang pegi klinik ke hospital ke. Tapi mama tetap jugak nak rawat cara sendiri. aku paham, semua tu disebabkan masalah kewangan.

Walaupun aku sedih dengan pemergian adik-beradik aku, aku tetap bertahan di temani abang, kakak dan ibu ku. Dan mereka sangat menyayangi aku seperti mama juga. Dari kecil lagi aku bahan buli abang dan kakak angkatku. Tak dapat tengok aku, memang kena buli. Kena peloklah, pijak, gigit dan macam-macam cara lagi yang membuatkan mereka gumbira.

Dan aku tidak kesah itu semua, "aku senang begini"..cewah haha..hari-hari tengok cerita indonesialah tuu.. hah! lupa nak kasi tau, dari kecil aku mengalami sakit mata jadi mama titiskan ubat untuk aku setiap hari. Lama kelamaan aku pun sihat, cuma mata aku sahaja yang mengalami masalah kecil. Walupun begitu, aku tetap gumbira.

Ibuku kata, namaku Burok disebabkan rupa parasku yang tidak seperti yang lain. Tapi aku tetap disayangi oleh ibu, kakak, abang dan mama.


Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ

ShareThis

myfreecopyright.com registered & protected

www.dare2rich.co/sepikaderio