Hari ni aku nak kongsi sikit cara aku masak DAGING PAYAU MASAK KICAP. Saje je letak payau, nanti korang google apa payau tu ye. Kalau tak de dalam google baru korang tanya aku balik.
(mcm mintak penampo je kan..hehehe..). Tak perlu taip panjang sangat, meh scroll kat bawah tengok resipi.
|
Yang ni bahan2 utk menumis ye. Mcm biasa kita perlu:
HALIA - dh siap d kisar/tumbuk
BAWANG MERAH - dh siap d kisar/tumbuk
BAWANG PUTIH - dh siap d kisar/tumbuk jugak..
SERAI - tumbuk kat hujung je ye..
GARAM - seckp rasa ikut selera masing2..sorry tak de gmbr garam dlm ni..
KICAP MANIS - tak kesah lah brand apa pun, tp kiteorang mmg guna Adabi je..
LADA HITAM - nak kasi pedas sikit.. |
|
of cause kita perlu DAGING PAYAU. hehe.. Apa2 daging pun boleh.. saje je hari ni nak masak daging payau pulak. |
|
Panaskan kuali, letakkan minyak masak tak kesah brand apa pun janji minyak utk memasak ye.. |
|
Agak-agak dah panas masukkan bahan tumisan tadi. Kita masukkan HALIA dulu. Agak-agak dah nampak kekuningan sikit masukkan yang lain. |
|
Kita terus masukkan BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH dan SERAI. |
|
Tumis sampai keluar bau tumisan tu.. |
|
Kita masukkan DAGING PAYAU, masak agak-agak 15minit kita masukkan KICAP MANIS dan SERBUK LADA HITAM . Letak GARAM.
(disebabkan resipi ni resipi "nak cepat siap cepat d mkn" bahan2 lain seperti ASAM KEPING atau apa2 jenis ASAM pun boleh letak. Ini utk buang bau hanyir daging. Tp di sebabkan daging ni masih fresh jadi tak hanyir sangatlah.
CILI pun perlu letak juga, tp d sbbkan ada bahan2 yg tak mengizinkan LADA HITAM pun jadilah. |
|
Dah siapppppp.... DAGING PAYAU MASAK KICAP (EXPRESS). |
Anda digalakkan Like,Send dan Tweet..TQ
0 00,000,000 Pembaca:
Post a Comment