Kain tu mak aku bagi
Dan kain tu sedekah dari saudara mara dan sahabat handai
Jadi aku plan nak buat baju kurung fesyen
Kain ala-ala ikan duyung {boleh buat sapu lantai}
Sekarang baju kurung tu dah siap
Sangat terujalah nak ambil kat tailor
Deposit dah bayar jadi tinggal nak bayar baki lagi
Tak sabar tunggu baju baru
Selama ni biasa buat baju kurung biasa je..
Sekarang banyak dah baju pelbagai fesyen
Terasa nak try jugak baju fesyen-fesyen ni..
Sekarang barulah tercapai hayat dihati..
Baju baru sudah ditangan..
Apa lagi, masa untuk mencubaaaa..
Wahh ambil kain try tengokk..wahhh..
Ambil baju try tengokk..wahh..
Masuk kain...errrkkkk??
Naik kan zip...errkkk?
Masuk baju..erkkk?
Naik kan zip..erkkk?
p/s: rupa-rupanya penternakan lemak sangat berjaya ditempat-tempat tertentu. Lain kali nak hantar kain wat baju baru jgn hantar cth bju yg dh basi..Lebih baik ukur.. Y_Y
0 00,000,000 Pembaca:
Post a Comment