Sedang Milah sorang-sorang je layan makcik tu, makcik tu keluarkan patung angry bird yang seperti mana makcik tu katakan. Bila Milah melihat apa mata Milah terus bersinar-sinar seperti mata cat in the boot. Wahhh..bling..bling..bling.. Milah terus terpegun tidak bergerak. Makcik tersengih-sengih kepuasan kerana Milah sudah seperti kena pukau.
Sedang Mijah sibuk didapur, Mijah kehairanan kerana tidak terdengar bunyi orang bercakap-cakap. Sunyi sepi seperti tiada tetamu. Kedengaran bunyi tv LCD 32 inci menyiarkan movie "hantu bonceng". Al-maklum, ada Astro First katakan. Mijah rasa tak sedap, rupa-rupanya air kopi yang Mijah buat belom letak gula. Cehh..
Mijah terus ke ruang tamu siap dengan hidangan ala-ala MasterChef Malaysia, mana tahu Chef Riz terpikat. hik hik. Tiba-tiba, Mijah terkejut apabila melihat Milah kaku, terpukau seperti anak patung barbie tercekik cekodok. Cepat-cepat Mijah siasat apa yang terjadi pada Milah, tiba-tiba makcik tadi terus letakkan patung angry bird depan mata Mijah. Mijah terus terpukau seperti Milah.
Rupa-rupanya, makcik yang dikatakan menjual patung angry bird itu bukanlah menjual patung angry bird sebenar. Angry bird itu cuma alasan makcik, rupa-rupanya makcik itu seorang penjual shawl, pashmina dan anak tudung ala-ala Ekin. hehe..mana tak nyer terpegun, semua shawl dan pashmina makcik tu bawa dari Pakistan, cantik-cantik belaka. Akhir sekali, mak dan bapak Milah dan Mijah balik, bapak Mijah & Milah terus pengsan sebab mak Milah & Mijah join sekaki terpukau.
"encik, kalau beli banyak dapat kurang, pastu dapat free patung angry bird 3 nak tak?" kata makcik pada bapa Mijah & Milah.
Tamat..
Ini sambungan cerita "the mysterious makcik",
kalau korang nak lebih detail lagi
korang klik je banner kat atas ok.
3 00,000,000 Pembaca:
haha...ingatkan angry birds tu sbg alat pukau, pastu mkcik tu rembat sume brg2 dlm rumah diorng, len plak endingnya...
haha.masterchef pun termasuk sekali eh
terima kasih sudi join :)
@keri ikhwan
hehehe..itu maknanya dh tak tahu nak wat ending mcm mana..hehehhe..
@nurdani
hehehehe..apa yg ada dlm otak fikiran semua masuk.. :p
Post a Comment